Wednesday, December 30, 2009

Sebab semua dah menjangkau 20-an.

Sudah lama tak masuk blog sendiri, blog orang lain pun dah tak ambil kisah. Tak apa, disebabkan nak menjangkau tahun baru, saya pun hendak mengambil yang jernih kembali. Perbanyakkan input, kalau tidak, pegun sahaja fasa-fasa hidup saya. Jika pegun, bukan kehidupan lah namanya kan?

Dan oleh sebab saya dan kebanyakan kenalan saya sudah menjangkau 20-an, dan ada yang gatal-gatal dah nak berkahwinlah, bertunanglah apa menatang lah, saya syorkan kamu para pembaca untuk membaca ini.

Kelakar dan benar.

Saya mungkin seorang skeptik, dan saya juga mungkin seorang yang romantis. Terpulanglah kepada kamu untuk mentafsirkan sendiri.


Tuesday, December 29, 2009

Young Grounds.

Young Grounds.

Something I wrote for "A city of shared stories Kuala Lumpur", a project by the British Council Malaysia.

Monday, December 28, 2009

Gefühle und Meinung.

Ironik. Seorang menyatakan, "Perasaan dan soal hati menuturkan kebenaran." Beberapa jam kemudian, orang lain pula menyatakan, "Jangan didengarkan sangat soal hati, tindakan seseorang harus mengikut telunjuk kepala - atau haruslah Rasional." Kelakar juga ada. Aku sebagai pemerhati (di dalam ruang maya Facebook) hanya mampu berketawa dalam hati, "Agaknya mereka melalui fasa hidup yang seakan. Oh, indahnya dunia!"

Persoalannya sekarang: yang manakah harus kita turuti? Bisikan hati, atau laungan rasional?

Memang pada permukaan mudah untuk membuat pilihan. Tentulah pilihan yang rasional! Masakan pula kita hendak mempertaruhkan perasaan kita terhadap sesuatu yang tidak membawa keuntungan fizikal / material? Bukan materialistik, tetapi kita harus memperjuangkan apa yang lebih penting. Dan kepentingan terletak kepada sesiapa yang lebih superior. Darwin lah salah, survival of the fittest konon. Lagipun, yang berfikiran rasional mungkin dapat menjana lagi kepantasan intelektual individu tersebut. Bukan begitu?

Soal hati? Ada apa pada perasaan? Ya, kita semua sibuk mencari kebahagiaan yang tidak pernah tiba. Penantian yang tidak membuahkan hasil. Berapa lama harus kita menunggu? Maka kebanyakan definisi 'kebahagiaan' di letakkan kepada ciri-ciri fizikal, dan material. Kepada sesuatu yang boleh dikesan kehadirannya dengan pancaindera, yang boleh dipegang, dirasa. Sedih, hiba, pilu? Abstrak dan metafizikal semata-mata!

Konsep Etika Kant menekankan akan kepentingan niat individu tanpa menimbangkan konsekuensi aksi individu tersebut. Contohnya, individu A melakukan perbuatan yang melanggari norma sosial seperti penglibatan dalam gejala pelacuran dengan niat untuk melanjutkan akademia anak-anaknya. Adakah beretika perbuatan individu A? Ketepikan soal Agama untuk seketika, lagi pun, agama mainstream mana yang mahu penganutnya mengikut jalan yang keruh tersebut?

Masukkan perspektif Kant dalam contoh tersebut. Jika mengikut perspektif Kant, ya, perbuatan individu A tidak salah. Niatnya tulus, baik, jernih. Mahu lanjutkan pelajaran anak-anaknya! Bukankah yang celik ilmu lebih berkeupayaan untuk berjaya? Meraih apa yang harus diraihkan?

Tetapi, fikirkan konsekuensi anak-anak individu A. Sejauh mana mereka dapat menampung pandangan serong masyarakat terhadap 'karier' bonda mereka? Mungkin mereka mampu bertahan -masyarakat itu seakan-akan mempersoalkan kasih sayang mereka terhadap Bonda. Oh, ceteknya ilmu! Pasti kasih sayang mereka teguh. Mereka bertahan. Bonda yang melahirkan mereka, bonda yang membesarkan mereka, memberi ilmu dan memberi kehidupan. Semuanya, bonda lakukan dengan niat kasih sayang, dan keinginan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Berhenti. Bonda (individu A) telah berjaya mencurahkan ilmu kepada anak-anaknya. Mereka mampu berfikir secara kritis dan kritikal. Mereka mendapat ilmu intelektual dari pelbagai benua: Lao Tzu, Aristotle, Rumi, Imam al-Ghazali dsb. Mereka sudah memiliki keupayaan menimbang yang baik dan buruk. Adakah mereka yang sudah dewasa akal fikiran dan fizikal masih mampu memperjuangkan aspek metafizikal dan perasaan (kasih sayang) terhadap bonda? (Lagi pun niat Bonda, tulus dan ikhlas). Atau mereka akan berdiri teguh dengan prinsip intelektual dan rasional? (Konsekuensi sosial, psikologi dsb terhadap individu tersebut mendalam).

(Untuk pemahaman lanjut akan 'Niat', sila baca: http://binfilem.blogspot.com/2009/12/niat-dan-filem.html)

Konflik perasaan dan rasional.

Jika seseorang itu mempunyai 'niat' untuk bertindak seperti yang diinterpretasikan olehnya sebagai yang benar, adakah ini bermaksud bahawa tindakan beliau sememangnya benar terutama oleh parti yang lain? Lagi-lagi, jika konsekuensi tindakan tersebut kebarangkalian negatif - pemangkin kepada kecacatan serta malnutrisi mental dan fizikal parti tersebut. Jika bukan ketara efeknya, mungkin secara dalaman. Mata kasar kita pun, bukannya mikroskopik.

Kalau ditanyakan persoalan ini kepada Kant, beliau mungkin akan memuja 'Niat' seseorang itu.

Tetapi dengan pancaindera kita yang serba kekurangan, 'Niat' seseorang itu, bukanlah kita ketahui sejauh mana 'Tulus' dan 'Ikhlas' pun kan? Mata kita bukan mikroskopik.

Persoalan hati, perasaan dan niat - siapa tahu akan kebenarannya? Sekurang-kurangnya, tindakan Rasional (atau fizikal) berasaskan dorongan intelektual. Jika terjatuh pun, senang mahu bangkit. Boleh dikesan dengan mata kasar. Perkara-perkara metafizikal, melecehkan kadang-kadang - apatah lagi konsekuensi entiti metafizikal lagi mendalam.

Secara keseluruhannya, dalam kehidupan, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada suatu ekstrim sahaja. Masakan kita hendak hidup dengan sang Matahari sahaja tanpa Rembulan? Rembulan juga harus hadir. Seperti mana kita telah melihat dunia pada siang hari, seperti itu juga kita harus beristirehat datangnya malam. Yin dan Yang.

Jika sudah dilaluinya metafizikal, operasi Rasional harus dilancarkan, Kapten! Pasif dan aktif.

Kita secara lazimnya memang disebatikan dengan dua kontra. Masakan kita dapat membedakan yang baik dan buruk?