Apa entah sebenarnya yang kita semua kehendaki dalam kehidupan ni? Tentu kamu para pembaca bisa saja meyenaraikannya dengan panjang. Kereta mewah, rumah mewah bersertakan dekorasi moden, karier, cinta hati dan sebagainya. Kononnya itulah komponen kehidupan yang utama. Yang akan merangkumi kehidupan kita. Yang kononnya, akan menyeluruhi kita.
Persoalannya, sejauh manakah kebenarannya itu?
Hasrat aku untuk menulis semakin membuak sepanjang bulan Jun, tetapi kemahuan aku hanyut mengikut arus kehidupan. Melupakan penulisan bukan lah suatu perbuatan membuang masa, malah pemangkin kehidupan. Dengan menulis, seseorang dapat mencungkil buah pemikirannya serta membina integrasi dunia luaran dan dalaman. Tetapi tidak, aku alpa dengan kehidupan dan kerenahnya.
Dengan tidak sedar, yang masih difikirkan kenyataanya sudah jauh ketinggalan mengikut peredaran Masa. Tetapi kepala aku degil, sering mahu lawan arus. Percubaan aku untuk mencernakan babak-babak kehidupan sepanjang tahun masih lagi berlanjutan. Tiada penghujungnya. Masih terkapai-kapai memberi pengertian kepada setiap satu. Masih bergerak ke hadapan, tetapi masih juga lagi berundur sekali-kala. Rasanya seperti Masa iri hati akan kita. Al-Asr.
Umpamanya seperti memandu kereta dengan laju di lebuhraya dalam perjalanan jarak jauh seakan berlumba dengan Masa. Atau pemikiran kita sendiri.
Kenyataanya, ke mana hendak kita lari? Ianya masih di situ. Walaupun kamu lari ke penghujung dunia sekali pun, ia masih di situ. Semuannya di dalam kepala kamu sahaja.
Aku duduk terpaku di sebelah tubuh beliau. Hatiku gundah. Otakku memikirkan akan kehidupan, kuasa Mutlak, dan Masa. Aku runsing melihat individu-individu di sekeliling yang mungkin seperti diri aku sendiri. Fikiranku melayang ke alam rohani. Segala persoalan muncul.
Tetapi mungkin perbuatan aku itu semua sama ada interpersonally, atau intrapersonally, tidak rasional mengikut aspek metafizik dan rohani. Kun fayakun. Jadi, maka jadilah. Mungkin beliau sudah pun menyeluruhi kehidupannya dari segala aspek.
Kemudian segala pemikiran aku yang pada asalnya ditujukan kepada beliau berpaling kepada kita.
Adakah yang dicari oleh kita semua akan menjamin proses penyeluruhan kehidupan kita? Adakah pencarian kita akan membawa kita ke arah Fully-Functioning Self Rogers dan Self-Actualization Maslow? Berbaloikah kehidupan kita yang bertahun-tahun lamanya? Atau mungkin kita akan menjalani kehidupan personal-growth yang mendatar? Tiada perubahan. Tiada kemajuan Diri. Alangkah pilunya jika begitu?
Segala bab-bab yang dipelajari dari Developmental Psychology: the Journey of Adulthood pada semester terakhir aku dimuntahkan semula bulat-bulat. Social Roles and Relationship, Work and Retirement, The Quest for Meaning, Death and Bereavement, The Successful Journey.
Aku sering memikirkan fasa kehidupan individu-individu di sekeliling aku. Lagi-lagi beliau yang terbaring di hadapan aku.
Aku akui aku masih mentah untuk memberi pandangan menyeluruh tentang kehidupan. Apa yang dipelajari adalah teori semata-mata. Masih suku perjalanan kehidupan aku, sudah pun mengeluh berpanjangan. Masih lagi mencari penetapan, kebebasan and diri.
Mungkin segala kejadian yang berintikan plot Kematian adalah peringatan halus untuk kita semua. Masih ada Ruang dan Masa untuk kita membentuk Diri, menyuntikan pengertian serta mengecapi awangan sambil berpijak di bumi yang nyata.
Sound easy? Wait until you realise there's more to Life.
Al-Fatihah buat Tok Mak, Allahyarhamha Salbiah binti Abdul Rahim.
No comments:
Post a Comment