Wednesday, August 04, 2010

Komedi Gelap Kehidupan

Lucu.


Okay, aku ada suatu kebiasaan dengan memulakan dengan perkataan "lucu", atau "it's funny" dalam penulisan tidak formal aku. Sebab itu kebenarannya, kehidupan kita melucukan. Bahkan sebuah komedi gelap Quentin Tarantino - Pulp Fiction, Inglorious Basterds, Kill Bill dll. Suatu rantai drama yang harus kita cari isi dan intipatinya. Hasilnya? Hanya individu itu saja yang dapat menilaikannya.

Truth is pragmatic, but yet objective in principles. Kebebasan harus dipimpin oleh prinsip. Absolute Freedom is unattainable. Kebebasan Mutlak, milik the Divine One.

Aku sedar secara teori dan secara idealistiknya, kita harus hormati individu dan kelainan. Seperti kempen bangsa Malaysia dan 1Malaysia yang sering dikomersialkan. Ini lagi sebuah perkara lucu. The act to embrace diversity needs to be commercialized. Then again, it's the real doggy dog world people have been talking about, no?

Lucu. Dan ini bukan perkara serius, hanya kejadian harian kehidupan.

Ketika kelas tuisyen Matematik darjah 5 dan 4 di mana aku ditugaskan membantu mereka dalam pengiraan mereka, seorang pelajar India hadir untuk kelas percubaan secara percuma. Mengikut norma, aku pun bertanyakan latar belakang pendidikan pelajar baru itu. Sebenarnya sebab aku tekun melihat dia berkira dengan pantas dalam kepalanya - the kind of skill you pick up from a Chinese school. I'm not discriminating, but I love people (especially boys) who are good with numbers -sexy! Ini tak ada kena mengena, tapi aku rindu Add Math dan Kimia.

"I go to school at Lick Hung," katanya. Aku mampu sengih di dalam sahaja lah okay, konon maintain professional dan neutral. Kemudian, seorang pelajar berbangsa Cina yang bersekolah di Sekolah Wawasan tanpa segan silu mengatakan,

"Whhaa-? He go to school at Lick Hung ah teacher?".

"Yup, why lah. Cannot meh?" secretly, aku mahu cungkilkan ideologi sosiopolitiknya walaupun berusia 11 tahun. I mean, these years are our defining years no? Okay sorry lah, tak beretika sikit - niat sudah lari!

"So he can speak Chinese ah?"

"Duhhhhh"

"... but he's Indian ohhh.." dengan mata sepetnya yang cuba dibesarkan.

"So what if he's Indian, he cannot speak Chinese ke? Dah, continue your Maths".

Apa lagi yang perlu dikatakan?


Pada hari yang berlainan, aku bertembung dengan seorang gadis di tandas pada suatu pagi sebelum memulakan syif kerja.

"You kerja kat Kids, kan?" tanya gadis tinggi itu kepada aku. Tapi aku ada tabiat yang malas nak layan orang asing tambahan pula, telinga aku disumbat dengan lagu-lagu Muse.

"Ooh, sorry. I tak dengar, kuat lagu. Hmm apa you tanya tadi?"

"You kerja kat Kids, kan?"

"Oh ah yup. You kat Adults eh?"

She went on about the situation at the Adults store. Well, I just listened. Lebih senang melayan cerita orang yang bertemakan - Me Me Me daripada menceritakan sesuatu.

"Tapi macam susah sikit lah, sebab Cina kan".

Okay, jika hidup aku sebuah filem naratif, aku akan masukkan "pause" dan berkata - See there girl, that's the first mistake you made. Especially when meeting a stranger for the first time. Basically, you just spilled your ideologies in a subtle way. And I didn't even want to know!

Mungkin, kita lupa akan deep conversations. Gradual growth of interpersonal communications. Take it easy. It's like asking your date "Would you like to marry me?" on your first date. Heavy shit, dear stranger.

Tapi, yer, siapa aku untuk mengatakan sesuatu? Individu kan?

Kadang-kadang, komedi dalam kehidupan kita ini bukan secara terang dihidangkan di hadapan kita. Simple innocent lines in harmless introductory conversations could be a collective facade to one's twisted perception of Life and the world. You just have got to listen and seek deeper.


Act on principles.

No comments: