Thursday, August 11, 2011

The other cheek.

Kalau kau tanyakan pada aku tahun lepas, pasti jawapan aku akan berbeza. Mungkin rakus dan masih berang darah muda ku. Tapi itu sebelum kini.


Kalau kau tanyakan aku perihal dunia pada hari ini, mungkin aku akan berpaling tadah. Tapi bukan kerana aku tidak endah dan tidak kisah. Cuma kurang impuls.

Entah, mungkin perspektif sudah berbeza.

Siapa aku untuk menegakkan keadilan bila aku hanya tahu segelintir tentang Kebenaran? Siapa aku untuk mempertikaikan dunia apabila mata aku masih buta? Siapa aku untuk mencari Kebebasan apabila jiwa aku masih terikat?

Atau mungkin, aku sedar someone will always know more. Or that ultimately, only One who knows Everything.

Jadi siapa kita untuk menilaikan sesuatu dengan kayu ukur apabila kita sendiri masih kekurangan?



No comments: