Thursday, September 29, 2011

After existence,

Pernahkah kau tanyakan kepada diri sendiri; ke manakah perginya semua benda sejurus kewujudannya pada saat ini?

Mungkin pada pandangan pertama, mudah saja untuk kita pertikaikan. Semenjak aku kecil lagi, aku punyai suatu masalah ketika aku mengemas bilik aku - di manakah harus aku letakkan barang-barang yang sudah tidak berfungsi dengan dominannya pada tika itu? Selalunya, aku akan kumpulkan barang-barang tersebut dan letakkan di dalam bilik adik aku. Irresponsible, I know. Keluar mulut naga, masuk mulut buaya; bak kata Mama. Ya, pada suatu masa dahulu, ia mungkin telah berjasa kepada peruntukan diri aku dengan membantu untuk membentuk persepsi dan nilai kepercayaan aku. Habis madu, sepah dibuang. Tidak dan ya!

Like all things in life, things will get old. Bukan kerana kita tidak mengenang jasa, tetapi secara umumnya, fungsi utama material tersebut akan menurun. Di manakah tempatnya kewujudan sesuatu setelah nilai kewujudannya itu tidak lagi pada nilai optimum? I.e. buku sekolah, cadar lama.

Cuba kau fikirkan. Mungkin senang untuk dikatakan; dermakan sahaja kepada yang lebih memerlukan. Mungkin kepada insan yang akan lebih menghargai daripada kita yang tidak mengenal untung.

Tidak. Bukan semudah itu.

Walau dalam bentuk pakaian pun, jika kau dermakan kepada rumah-rumah kebajikan, atau dihulurkan kepada adik-adik; tetapi apakah yang akan menentukan akhirnya riwayat pakaian tersebut? Walau dalam keadaan koyak-rabak pun, masih boleh dijadikan kain lap. Selepas itu, apa? Buang ke dalam tong sampah, dan akan ditempatkan di pergunungan sampah bersama yang lain?

That's the problem right there. Walau dibuang sekalipun, tak bermakna hilang dari kewujudan. Seperti hukum tenaga yang kita pelajari sewaktu di bangku sekolah; tenaga tidak boleh dicipta atau dimansuhkan, sebaliknya bertukar dari satu bentuk lain ke bentuk yang lain.

You can delete someone off your Facebook or phonebook or you Life's book, but yet they still exist in the communal world.

Dan mungkin dengan sekali imbas, kita akan fikirkan ianya hanya tertakluk kepada entiti yang berjasad dan fizikal. Bagaimana pula dengan yang bersifat metafizikal? Atau yang tidak mempunyai jasad tetapi kita tahu dan pasti akan kewujudannya, like Faith and Love?

Ada apa dengan kewujudan kita sendiri yang merangkumi aspek fizikal dan metafizikal?

Sejurus dengan Masa, keadaan fizikal kita juga akan merosot. Mungkin secara umumnya anggota badan kita tidak akan dibuang, tetapi lama kelamaan, kewujudan fizikal kita akan lesap apabila ajal kita sampai. Death is extremely ordinary.

But what comes after?



No comments: