Tuesday, October 18, 2011

No Such Thing

Kelakar. Kalau kau temui aku beberapa tahun yang lalu, mudah sahaja untuk aku memberikan jawapan. Passion over money. Even if it's dirt cheap. Have you got anything against cheap labour?

Tetapi pada usia ini, rasional aku berdebat dengan jiwa aku. Hati mengatakan mahu, rasional mengatakan - know your worth!

Lucu bagaimana hanya beberapa musim boleh mengubah seseorang. Tidak, bukan mengubah. Aku masih percaya seseorang itu masih dirinya. Kita hanya terlupa tentang diri kita yang usul kerana hanyut dengan arus kehidupan. Seperti kita lupa dan alpa akan tujuan eksistential jiwa kita. Terlupa, simple as that.

Dan mungkin juga, mata aku telah melihat sedikit kelibat sang Dunia dan kekecohannya. Kalau kau berkesempatan membaca serpihan jiwa aku di dalam Antologi Surat Cinta Kita terbitan Bin Filem, aku ada selitkan perihal jiwa dan matawang dunia. Dan juga, kau akan ketawakan aku, yang kononnya berjiwa idealis. Tapi kini hanyut dengan permainan dunia, walau aku cuba sedaya-upaya untuk mempertahankannya.

Mungkin juga aku telah dengan secara tidak sedarnya terhanyut di dalam arus dunia dan huru-haranya. Dunia dan kerakusannya. Dunia, dunia dan dunia. Yang berjasad di mata kasar, yang metafizikal hanyut di mata minda. Dan di situ jugalah kesilapan aku, semuannya dunia. Yang kemudiannya mana?

Dunia yang melalaikan.

Mungkin tidak penting yang sedang dipertikaikan di dalam kepala aku. Mungkin, aku cuma harus diingati tentang diri aku yang impulsif beberapa tahun dahulu. Yang mentah dan rakus, dan yang masih bersangka baik dengan dunia dan penghuni-penghuninya.

Tentang prinsip idealistik aku yang diagung-agungkan dahulu.

Selamat datang ke dunia yang sebenar, Siti Nadrah!

2 comments:

the basterd said...

Selamat menempuh kehidupan sebenar. Walau ape terjadi, banyak bersabar menempuhnya. Jangan cepat putus asa. =)

nik said...

bila nak kita nak lepak-lepak, minum-minum (air yang tak memabukkan)? ;)