Berhasrat nak menulis tentang novel Ridhwan Saidi, Amerika terbitan Moka Mocha Ink. Tetapi tak pernah menulis apa-apa ulasan mahupun filem, buku, lagu atau apa sekali pun. Tak rasa berkemampuan atau arif tentang seni menulis apa lagi nak menulis ulasan! Tapi nak tulis juga, jadi, bare in mind, ni bukan ulasan.
Ini sebenarnya secara jujur, novel pertama Ridhwan Saidi yang saya baca dan telah langkah bendul novel sulungnya, Cekik. Kenapa? Saya baca bab 1 Cekik di laman web Fixi, lepas tu rasa macam akan jadi complicated dan runsing, so saya skip. Dan mungkin sebab masa tu tak cukup duit kot.
In my defense, saya telah mengikuti perkembangan kerja-kerja (filem dan tulisan) Ridhwan beberapa tahun yang lepas dan juga berkesempatan untuk bekerja dengan dia secara langsung dan tidak langsung.
Dan mungkin secara separa sedar, alasan utama saya teruja hendak membaca Amerika (walaupun lambat sebenarnya) adalah kerana saya tau secretly, Ridhwan telah menyelitkan beberapa kisah-kisah hidupnya dalam novel Amerika secara langsung, tidak langsung, fabricated atau tidak.
It's the kind of thing you'd get out of psychoanalysis, mungkin.
Seperti Freud katakan di dalam esei "Creative Writers and Day-Dreaming", penulis seolah memecahkan and memprojekkan identiti mereka kepada beberapa karakter di dalam fiksyen hasil penulisannya. Dan dari dulu, semasa saya mula-mula mengikuti Binfilem, saya hairan kenapa ada 4 figura serupa karakter Simpsons? Dan mungkin, ya atau tidak, menerusi Amerika, saya tebak adalah 2 kawan rapatnya termasuk Aneeta.
Separuh jalan membaca Amerika mengikut masa relatif, tiba-tiba dipaksa masuk ke kisah silam pula. Pengimbasan dan pengenalan kisah kehidupan yang lepas menerusi manipulasi plot dan relatif masa.
Kadang-kadang ada rasa draggy sebab banyak sangat filsafat yang diselitkan, tetapi kepala aku seolah mencari alasan untuk Amerika dan mengingatkan aku kembali tentang novel kegemaran aku, Sophie's World oleh Jostein Gardner. Tak kata comparable, tetapi mungkin seiras kerana ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah yang diselitkan. Dan mungkin Amerika tidak memberikan aku vibe kanak-kanak sangat kot, dan lebih kepada pembaca yang sudah arif tentang kau-tau-apa.
Dan I particularly like the twist at the end, mungkin sebab interpretasi aku yang salah kot? Atau mungkin kerana lipas besar made me wished the book ended quickly, but Ridhwan did justice at the end. Teringat Beatles consistently, entah mengapa. Mungkin sebab Across the Universe juga.
The thing about Amerika or any other Ridhwan's work is that, it is like a riddle. You've got to look deeper and relate one piece to another, walaupun dari sumber fiksyen atau dunia realiti. You'd see that he's been really personal with his works, carefully picking up what should be included and what should be fabricated, and to what extent.
Pernah merasakan, Ridhwan perlukan psikoanalisi juga, in good ways.
No comments:
Post a Comment