Kau nak Kebebasan yang macam mana lagi?
Saturday, July 30, 2011
Friday, July 29, 2011
Thursday, July 28, 2011
Omong kosong tentang kekosongan.
Adakah sifat pencarian makna kita harus disengajakan, atau keinginan itu sudah tertanam di dalam pelusuk jiwa kita, yang semakin dikotori dunia?
Dengan melalui fasa-fasa kehidupan yang berkisarkan persoalan dan kekosongan yang sama. Kalau dibaca balik entri-entri aku yang lama, masih berkecimpung dalam tema ini. Walaupun masih terperangkap dalam kitaran ini, tetapi tetap degil. Masih mencari komponen kehidupan di ruang dan masa yang seakan dan masih juga meyakinkan diri bahawa di luar itu, ada suatu komponen yang akan memberi makna dan rasional yang mendalam kepada semua ini.
Dimangkinkan lagi dengan sifat azali kita sebagai hanya seorang penjelajah di dunia komunal ini, aku ke luar menjelajah. Walaupun pada hakikatnya, aku sendiri tidak pasti dengan apa yang dicari. Cuma bisikan dalaman yang berkeras.
Mungkin juga kita seakan Parameswara, yang melarikan diri ke Temasek kemudian ke Tanah Melayu akibat keriuhan dalaman di Palembang. Kita lari ke luar dan ke dalam dunia komunal akibat keriuhan dalaman kita.
Kita mencari di dunia luar, kerana ianya lebih mudah. Di dunia luar, segalanya tampak pada mata kasar kita kerana kita tidak cukup berani dan kuat untuk menghadapi intipati kehidupan yang bersifat metafizikal. Kan lebih mudah untuk lari daripada berhadapan dengan perselisihan politik di Palembang?
Di dunia luar, segala fenomena kehidupan dan dunia dijasadkan. Jadi lebih mudah untuk kita melihat dan merasa dengan pancaindera kasar kita. Seperti Cinta misalnya. Apa itu Cinta? Kita tidak dapat melihat atau memegangnya. Tidak dapat menghuraikannya, menetapkan kesahihannya, tetapi bila kita merasainya, kita tahu kewujudannya. Dan kita juga tahu, risikonya.
Dan bila kita patah hati, kita juga tahu betapa benar kesakitannya, walau kita tidak nampaknya dengan mata kasar atau dengan pancaindera kita yang lain. Tetapi kita dapat merasainya.
Untuk kesenangan kita, Cinta telah dijasadkan kepada sejambak ros merah dan sekotak cokelat pada 14 Febuari atau barangan kemas mengikut kemampuan akaun bank masing-masing.
Kenapa? Kerana ianya lebih mudah jika kita boleh melihatnya dengan mata kasar. Kerana lebih mudah untuk kita membekukan perasaan dan jiwa kita daripada menyelami landskap jiwa kita yang berintikan Kebenaran.
Tetapi, boleh pula kita percayakan kepada nilai wang yang diletakkan kepada perbankan eletronik. Kan sama, kita tidak dapat melihatnya atau memegangnya?
If you ask me, it's because we're a bunch of scared little kids.
We know that in the Heart lies the Truth. It's just easier to live on the outside and to ignore the depth of our beings.
In the endless landscape of your internal world, lies the very meaning of your existence. There's no urgency to attribute it to external means. To social measurements like your mounting bank accounts or worldly achievements. Or that long awaited soulmate and lover of which you perceive as a saviour to your existence. These things that you think provide meaning to your life.
But what comes after?
Kebenaran dan Makna adalah lebih dekat daripada yang kita sangkakan. We're just not brave enough, yet.
Written by Nadrah Mustafa at 05:53 3 comments
Monday, July 25, 2011
Psyched, not baked.
Psyched and Baked or,
Baked and Psyched?
“They had forgotten the pudding they were cooking and it was getting burnt.” Freud, Studies on Hysteria.
Sunday, July 24, 2011
Anybody out there?
Can somebody answer me, if I were to write paragraphs after paragraphs, would it not be sacred anymore?
Would they be writings based on mere ignorance as a result of my inadequate knowledge? How valid would it be?
Nak tulis, tapi macam tak patut tulis. Aku pun pening sudah!
Written by Nadrah Mustafa at 04:56 2 comments
Friday, July 22, 2011
As-Saffat (Those who set the ranks, drawn up in ranks)
Maturity is a competition, only an immature individual would point out.
Written by Nadrah Mustafa at 10:02 0 comments
Labels: Almost Fiction, Life, Musing
Wednesday, July 13, 2011
1, 2, 3, set go!
Cita-cita tinggi langit, motivasi sejengkal.
Written by Nadrah Mustafa at 01:27 3 comments
Friday, July 08, 2011
Humility?
There's that fine line of being narcissistic and educating;
so which is which?
Written by Nadrah Mustafa at 10:11 3 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)