Kadang-kadang,
aku teringin berlari.
Maka, lari lah aku,
mengejar yang tidak kelihatan.
Pembolehubah.
Ada pula kala aku tidak mahu berjalan,
apatah lagi berlari -
gementar akan fluktuasi.
Maka, buntu perjalanan.
Kosong.
Hujan lebat disangkakan salju,
kononnya putih suci. Hakikatnya, kuyup.
Kosong, tampaknya di luar.
Bercelaru kebenarannya.
Berjalan tidak, berlari tidak.
Statik juga, tidak.
Terapung agaknya.
Apa entah yang dimahukan?
Riuh-rendah disangkakan sangkakala,
panik alam semesta! Mahu ke awangan;
tapi jalan pintasnya pula, musykil.
Kosong, dengan mata kasar.
Berinti, hakikatnya.
Bacalah, baca.
Thursday, January 07, 2010
Kembara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
patik pun pernah.
berjalan tidak, berlari tidak.
statik juga, tidak.
:) tapi isi hati akan muncul secara lambat-lanunnya.
nice one... u make a good writer too... salam singgah... =)
dtg kan 20hb. ni? cant wait to see u...! ~zara
Kak Zara! Hehe.
Terima kasih. InsyaAllah ketemu 20hb ni.
Post a Comment