Tuesday, October 11, 2011

Denial tentang kebosanan. Ego, kau tau?

Nak cakap bosan, tapi tak nak dan tak boleh nak cakap bosan. Kerana kebosanan itu adalah suatu keadaan untuk seorang yang tidak kreatif. Dan sebagai seorang yang kononnya sudah (penat) belajar tentang kreativiti dari segi psikoanalitik dan perkembangan kanak-kanak (dan manusia); seharusnya lebih bijak menangani dengan keadaan sebegini.

Sewaktu di bangku sekolah dahulu, aku sering merungut kebosanan. Dan aku juga sering kunci diri dalam bilik melayan kepala sendiri. Sekarang pun lebih sama, cuma bezanya, dulu lebih impulsif dengan buah pemikiran. Sekarang ni, buah pemikiran di atas buah pemikiran yang lain. Dua aras pemikiran yang berbeza. Mungkin juga lebih. Macam Inception.

Sekarang juga berbeza, sebab dah (kononnya) anak dara (tapi otak macam budak kecik lagi) - patut tolong di sekitar rumah.

Aku lebih rela berjelaga dengan teori-teori untuk penulisan akademik lah macam ni.

Mungkin patut habiskan buku-buku yang sudah bermastautin lama di rak-rak aku tu. (Dan serbu jualan murah Serigala di Serdang).

Dah, penat mengomel. Rajin kau melayan eh?



Pesta buku bulan lepas di Whistable Castle, Whistable, Kent.

No comments: