Saturday, March 06, 2010

Duality oleh Nadrah Mustafa


Aku seperti engkau -
Individu di dunia/budaya Kolektif.
Kita berbeza, tapi kita serupa.
Yang mana dominasi, manipulatif,
pembolehubah, pemangkin?

Aku punyai bernih yang gemar timbul/tenggelam -
Entiti kontra.
Bukan datangkan hasil,
Malah dimamahnya aku.
Simbiotik.

Aku perlukan ilmu Inspirasi bertubi-tubi oleh
para Rasional, Penjaga, Artisan dan Idealis.
Barisan Individu Intelek yang menjana konsep Kolektif
(keduniaan, kehidupan, kesatuan?)

Aku kehilangan Diri.
Inspirasi bisa meyakinkan "the Self",
atau mungkin "the sense of Self".
Seperti Pemangkin.
Tapi tidak hadir.

Aku seperti Kita zaman dahulu kala,
Di pertengahan lautan, (swallowed in the sea)
mudah di antara perantaraan. Kegemilangan?
Tapi semuanya dengan bayaran lumayan/konsekuensi:
jurang perbedaan dan kesatuan meningkat.
Walau bersatu (merdeka?), tetapi masih terperangkap
dalam keinginan.

Lopong, tapi berinti.

Selami perigi Minda yang tidak berdasar.

Kerana seperti aku,
kau juga hanyut dalam proses
asimilasi ideologi kehidupan Dunia
dan ideologi Diri.




No comments: