Thursday, August 11, 2011

Kabut

Aku rasa, aku tahu apa masalah aku. Mungkin. Aku sendiri juga tidak pasti, tetapi aku boleh cuba kongsikan bersama kau tentang pertikaian dan debat yang sedang berlaku di dalam kepala aku.


Dia tanya apa yang sedang berlegar di dalam ruang minda aku. Aku katakan, aku okay, cuma debat yang biasa sahaja. Sebenarnya, aku sendiri tak tau nak jawab apa. Aku sendiri pun tak tahu jika ini perkara biasa atau tidak.

Jujur, aku penat sehingga kerja aku terbantut. Mungkin juga dengan sengaja. Siapa yang tahu? Kebenaran Mutlak, bukan milik kita. Kita bukan berada di dunia di mana objektiviti mutlak milik kita. Atau Kebenaran pragmatik serta subjektiviti. Menerusi subjektiviti, kita cuba mencari objektiviti. Tapi kalau kedua-dua ni dah bidang meluas seperti 7 lautan bercantum, apa benda lagi yang masuk akal?

Ke aku yang tak masuk akal?

Mungkin masalah aku adalah, kehidupan aku kini seperti tiada struktur. Atau ketidakmampuan aku untuk berfungsi secara autonomi. Sudah kebiasaan dengan adanya struktur. Kini, terlalu banyak ruang dan masa sehingga aku sudah menjelajah dunia berapa juta kali dalam kepala. Hakikatnya, di dunia komunal aku tidak bergerak walau satu inci pun.

Kalau dahulu, mungkin aku akan salahkan kekosongan. Kini, ruang kekosongan sudah dipenuhi. Kebenaran sudah cuba aku dekati.

Persoalannya sekarang ni, nak salahkan apa?




Fine. Maybe truth is, I'm ambivalent towards Freud's Ego. Siapa nak habiskan esei aku ni oi?

1 comment:

fei mao said...

Helo..r u okay?