Monday, May 11, 2009

Mein kampf und Neuheiten

Mungkin begini lumrah menjangkau usia yang selanjutnya. Konsep kehidupan yang basi akan rutin harian, dan on repeat. Yang menyerapkan inti-inti kebosanan dalam diri kita. Membuat kita mula menyoal akan pembaharuan, akan the other greener side. Dan yang paling kritikal, menyoal akan the self.

Mungkin kita tidak bersendirian di dalam perjuangan-perjuangan yang memakan diri kita secara fizikal mahupun abstrak. Tetapi kita bersendirian melayani kerenah dan intipati yang kompleks di dalam kepala otak masing-masing kerana manusia berbeza. The f differences that differ us all.

Dari mana datangnya keyakinan terhadap the self dalam seseorang?

Pengajaran yang tersirat tentu diselitkan di antara rutin-rutin harian yang mula membasi. Namun cabaran untuk menghadapi rutin-rutin harian dipenuhi dengan perasaan cinta dan benci. The classic love-hate relationship. Inti kehidupan yang tidak berjawapan, the source of your drive and motivation is the very source to suck you dry.

Punca motivasi seseorang tidak mempunyai batasan atau had penghadang. Punca-punca motivasi ini terdiri daripada punca fizikal, abstrak ataupun kedua-duanya. You know, the whole essences like love and sorts or physical ones.

Dan kita mulai bergantung erat akan punca-punca motivasi (dan demotivasi) sampai ke tahap kita sandar dan menjadi dependent akan punca-punca ini. Membolehkan sumber-sumber ini bercampur aduk dengan identiti kita yang berbilang.

You are apart of me, hence you have a piece of me. 

Dan apabila hubungan klasik di dominasi oleh aspek benci, dan memanipulasi aspek cinta kemungkinan untuk kehilangan the ideal self meningkat. Penglihatan kita kabur. 

And that is when Novelties would save your conscience. Persekitaran yang asing membuka aspek yang baru kepada kita tidak kira bagaimana sikit atau banyaknya unsur asing tersebut. Memberi faktor-faktor baru untuk dipertimbangkan. Memberi pengertian kepada rutin harian. 

Memberi pengajaran tentang the self. 

2 comments:

Anonymous said...

Dah habis exam?

Anonymous said...

Suka yang ini:

Pengajaran yang tersirat tentu diselitkan di antara rutin-rutin harian yang mula membasi. Namun cabaran untuk menghadapi rutin-rutin harian dipenuhi dengan perasaan cinta dan benci. The classic love-hate relationship. Inti kehidupan yang tidak berjawapan, the source of your drive and motivation is the very source to suck you dry.

Hehe.