Tuesday, March 24, 2009

Peperangan Cognitive,

Mereka bilang semuanya hanya permainan minda. 

Benar, aku hanya berbalas dengan rentak kepala. 
Aku pun hidup mengalunkan prinsip itu.

Seakan dan seiring dengan sejuta perihal dunia; 
mudah diperkatakan.

Tetapi, untuk dilaksanakan; 
suatu persoalan yang tiada peleraian.

Bacalah, diseru untuk membaca.
Bukan hanya kini, dan sekarang,
namun bekalan tiba besok, dan lusa.

Apabila tiba hari-hari yang kita sedia 
untuk menoleh ke belakang dan berbisik,

"Intrusive thinking is a bitch, but hey;
it got me here."