Saturday, September 20, 2008

Komplikasi pada pagi Sabtu.

Aku sering cemburu akan orang-orang yang mampu membuat keputusan dengan peratusan kepastian yang tinggi. Maksud aku, kebolehan mereka untuk mengetahui tujuan mereka dan mengetahui bahawa tujuan itulah yang mereka mahukan. Mereka tidak sekali pun mengalami keraguan akan platfom yang mereka pilih untuk di adaptasikan di dalam hidup mereka.

Perkara seperti ini, mungkin akan di ambil mudah sekiranya ia melibatkan perkara yang remeh seperti hendak memilih warna baju kurung mahupun baju melayu sempena Aidilfitri yang bakal menjelang. Atau menjawab soalan mudah seperti 'Anda seorang yang lebih cenderung kepada perisa Cokelat ataupun Vanila?'. Jikalau anda seorang yang teknikal seperti aku, lain cerita. Soalan-soalan seperti ini, amat sukar untuk aku jawab dengan kepastian yang sungguh, kerana pilihan-pilihan seperti ini, aku gemari dengan sekata.

Namun, aku lebih tertarik kepada aspek yang lebih besar.

Aku sering tertanya, bagaimana seseorang itu memanggil dirinya seorang yang mengikuti ideologi sesuatu platfom. Seperti menjadi pengikut kepada parti politik tertentu atau pengikut ideologi Totalitarian atau Fascist atau Tyranny seperti contoh. Alang-alang sandiwara politik semakin hangat pada musim ini, aku akan memberi contoh politikal. Tetapi, kamu harus ingat, aku berada di garisan neutral.

Pensyarah aku di kampus sering menunding kepada aku apabila beliau memberikan contoh politikal di kelas komunikasi. Beliau telah membuat tuntasan bahawa aku pro-Anwar daripada ulasan-ulasan ringkas di dalam kelas tentang drama politik di negara kita.

Aku tidak tahu bahawa aku harus berterima kasih kepada beliau atau tidak? Kerana aku sendiri, tidak tahu menahu aku berada di platfom mana? Maksud aku, aku tidak tahu bahawa aku harus terus memperjuangkan hak 'kerajaan' kita yang telah lama berdiri teguh, ataupun aku harus membawa pertukaran serta pemikiran liberal ke mukabumi Malaya.

Aku mempunyai dua tahun lagi untuk mencecah 21, mahu mengundi ke tidak? Banyak masa lagi untuk difikirkan. Tetapi, pos ini bukan tentang aku.

Ramai berpendapat mereka sudah muak hendak membaca wawancara-wawancara berunsur politik di dalam akhbar harian. Apabila mereka berkata begitu kepada aku, aku seakan bisu. Tidak tahu bahawa hendak mengiyakan pendapat mereka, atau berkata aku masih tidak muak. Malahan, artikel-artikel tersebutlah yang aku hendak baca di dalam akhbar. Drama para pemimpin kita.

Kemudian, aku juga terpegun dengan kebolehan parti-parti tertentu membuat deklarasi serta ulasan mereka tentang keadaan politik di negara kita. Mereka berpendapat bahawa ISA tidak patut bertindak sedemikian dan sebagainya. Apa kan lagi apabila ramai para bloggers yang menuliskan pendapat mereka, serta menyuarakan pihak mana yang 'benar' dan pihak mana yang 'mengucar-kacirkan' Malaysia, tanah air kita semua.

Seperti aku telah mengatakan di dalam pos-pos lama aku, perkara ini semuanya subjektif. Mereka memimpin negara serta mengimbangkan kebenaran dan kesalahan yang berkaitan dengan negara berpandukan Perlembagaan serta segala fail-fail 'Legal' yang telah dimodifikasikan serta diundi oleh pihak berkuasa. Maka, perkara-perkara 'Legal' ini adalah hasil pihak berkuasa atas apa yang mereka rasakan yang baik, serta yang elok untuk rakyat jelata.

Soalan yang sering dipertanyakan di dalam kelas-kelas psikologi, ia nya mungkin legal tetapi adakah ia beretika?

Namun, apa akan terjadi sekiranya interpretasi serta definisi kita semua berbeza?

Maksud aku, ISA telah menahan individual-individual ini atas interpretasi mereka terhadap perbuatan individual-individual tersebut. Sudah tentu, pihak ISA telah berpandukan panduan mereka. Tetapi, ramai yang berada di luar sana, telah memberi definisi yang lain terhadap panduan-panduan ISA ini. Hasilnya? Mereka tidak berpuas hati.

Entahlah, mungkin inilah kehidupan. Semuanya berbeza. Definisi kita semua berbeza. Legalisme serta etika? Mereka bagaikan air dan minyak.

* Dan jika aku seorang hacker yang hebat, aku akan hack ke dalam komputer jiran aku, kerana dia, telah memasang lagu Trance berunsur Ayutrance dengan kuat, malahan aku, mendengar lagu The Killers. Hendak mengadakan battle kekuatan speaker Subwoofer kami, namun, aku mengingatkan diri aku bahawa, kita harus hidup secara tamadun. WEH BABI SIAL, LAGU DIA TAK BEST. Tau tak, ia bagaikan air dan minyak?

5 comments:

Che Eduardo said...

Labelling is Malaysia's second best hobby.. The first being gossiping.. We label people by their opinions; they way they pout their lips; the clothes they wear; the way they walk; the way they talk and the list goes on and on and on..

Law and ethics are the samed but different at the same times. Law does not need to be ethical; can we justify abortion laws as ethical?

And what may be ethical may not make good law. For example, it would be ethical to have laws that dictate politicians must step down if they choose to leave their party. But then again, didn't they (the persons) whose names appeared on the ballot paper. So whatever the fuck reason you voted for, you crossed that bugger's name. So in reality we voted for the person not the party; no matter how much I or anyone else says not, he won legally.

Please register as a voter; it's your right. I know one vote doesn't change much; but at least you know you have done your part. And really, I don't care who you vote BUT i might try to influence you..

Che

aewan6 said...

lol,air dan minyak..

you could merge them together by putting them in a bottle and continuously shake them.. but if you leave them still it'll remain separated.. yet there are still bubbles of oil which remain below the border line.. in hope they could be together with their watery friends.. you just need to shake em and they'll mingle..

so keep on shaking the bottle.

maybe if you shake your head enough, you might be able to unite the 'killers and trance' temporarily.. and if both you and your neighbor do the same, god knows you two might become millionaires for creating the weirdest hybrid of song genre..

..
...
fine, macam air dan minyak..=/
i can't imagine being in that situation...^^

mchllchn said...

I've four more years till 21 so I still don't have to think what to vote till later on. But honestly, I see little relevance to our politics to democracy. Haih.

Jumping Jane. said...

che, yes. i believe people blindly vote for the person. i wonder how many people out there votes the rep. of a party, without understanding the party's platform. pelik tak?
what i meant by voting was, voting which party. haha. don't worry. saya register, with God's willing.

aewan, funny story what happened between the "feud". turns out, the head of the family yang blasted the radio. ganas gila. it turns out rowdy. lagu dia tetap tak best.

mchl, haha 4 years? that much difference? well, let's just wait then and see what happens next. i mean, feels like just yesterday Anwar got arrested in 1998. its already a decade later.. sigh.

mchllchn said...

Yeah, 4 years. F5 this year, kan? :D Heh.

Yeah, I remember that. Sebab my family always talk about politics since I was small and now that I think back, I understand everything so much clearer. Haha.