Tuesday, September 23, 2008

Gigi Rongak (Senget?),

Entri sebelum ini aku telah menceritakan tentang Alex Turner dan alam percintaannya. Tetapi hari ini, aku akan menyatakan tentang kisah Ben Gibbard pula. Kisah percintaan Ben Gibbard menyatakan bahawa dia telah membina sebuah mahligai di dalam hatinya. Namun, mahiligai itu telah hancur akibat diperbuat daripada kayu usang. Ben Gibbard juga telah mengulangi bahawa, si dia tidak akan dapat menjumpai apa-apa pun, kerana dari mulanya, memang tiada kimia di antara mereka. Ben Gibbard juga mengatakan bahawa peperangan dua entiti di antara minda dan hatinya, merupakan dirinya yang sebenar. Kemudian, dia mengulangi lagi;

"Cause you can't find nothing at all, if there was nothing there all along."

Oh, dan bebe memintai aku mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-17 kepadanya walaupun aku telah memberitahunya bahawa Jane tidak membuat Birthday shout outs (kerana ianya tidak relevan, aku hanya perlu mengucapkan secara persendirian bukan?) di blog dia. Untuk mengelakkan perbalahan kata, aku pun mengatakan okay. Maka, selamat hari jadi ke-17 Kido!

12 comments:

Man In Black said...

Ben Gibbard menyatakan bahawa dia telah membina sebuah mahligai di dalam hatinya. Namun, mahiligai itu telah hancur akibat diperbuat daripada kayu usang.

Kau perli aku, Jane.. Sampaikan hatimu..

Che

Nadrah Mustafa said...

Eh che? saya perli? ye ke? tak bermakna lah, ianya lagu semata-mata. jangan terasa yer bang! sorry!

Man In Black said...

Sajalah drama lebih sikit...

Che: Why Peguambela?!

Nadrah Mustafa said...

haha tak tau, sebab you're a potential one! you are studying it aren't you?

Anonymous said...

Mereka akan melihat kita melambai-lambai dari tempat yang sungguh tinggi,
"turunlah ke mari" kata mereka,
tapi semuanya nampak sempurna dari atas sini,
"turunlah ke mari" tapi kita akan tetap di atas sini...

- tempat yang sungguh tinggi, oleh servis pengeposan surat -

Nadrah Mustafa said...

Aku.. aku berusaha untuk meninggalkan semua ini di dalam mesen kau tapi bip yang persis bunyinya tipis apabila kedengaran.

Lagu tempat yang sungguh tinggi, best best. serta jadi setempat hati ku.

Nadrah Mustafa said...

dan Jimmy, engkau hebat bermusik.

Man In Black said...

Cik adik, you belajar rajin sangatlah.. Relaxlah, dah nak cuti raya, ok..

aewan6 said...

the more i read, the more it seems to be like its all about me..

haih, is everyone the same or someting =/

i am such an emo wreck

adoiyai..

Nadrah Mustafa said...

che, are you kidding me? i'm 3 chapters behind in cognition. ah. i haven't even started my Hitler article. dan semuannya selepas raya!! 2 friggin' quizzes right after raya and 1 midterm! -____- okay sorry whining di sini. thanks though. haha.

aewan, perasan lah you!!! i don't think everybody is the same since they tak cakap apa-apa, you je perasan lebih! :P

Anonymous said...

Natty
Selamat hari raya.

Man In Black said...

U should study law; it's easier to bluff your way around..

Che: Ooops.. Secret is out..