Friday, November 14, 2008

Rawak Melayu.

(Petikan dari Mukabuku Jane lagi- November 13, 8:48 p.m. )

1. Walaupun nama aku berpotensi untuk diberi nama timangan 'Nana' aku bersyukur nama timangan aku bukan 'Nana'. Bayangkan? Jikalau orang yang sedang naik berang dengan aku, diteriaknya; 'Nana!! Nana!!'. Wtf. Biar pun nama 'Siti' agak er, kampung namanya, tetapi ia lebih baik daripana 'Nana'. Entah, betul kan? Sukarang-kurangnya, jika seseorang itu marah dengan aku, kalau diteriaknya 'Siti', aku tau lah dia marah. Sebab nama timangan aku bukan 'Siti'. Kiranya 'Siti' tu dikira sebagai amaran dan tanda untuk aku melarikan diri.Sebab aku sendiri memanggil diri aku 'Siti' kalau aku tidak puas hati dengan diri sendiri. Tetapi, kalau 'Nana'? Wtf.

Tapi kalau hari-hari biasa, atau kau terserempak dengan aku, terutama sekali di tempat umum, tak payah ah nak jerit 'Siti', 'Nadrah' atau 'Nad' sudah memadai.

2. Malam-malam hujan lah aku banyak kerja kena e-melkan pada malam ini juga. Dah lah penat.

3. Aku tau kau dah bosan asyik-asyik baca nota-nota di mukabuku.

4. Pada hari hujan, para pemandu dinasihatkan untuk memandu secara berhati-hati. Maksud memandu berhati-hati itu adalah, tak payah nak perasan diri kau tu seorang pelumba haram ala Street Racer.

Kerana a) Subang banyak lampu isyarat trafik dan b) Kereta kau tak macam dalam game Need for Speed atau Midnight Racer c) Maghrib lah, bukan tengah malam.

Tapi aku tak, kalau hujan ke tak hujan, aku memang pandu kereta MPV macam Juno (cuma aku tak bunting, dan kereta MPV Juno lagi bigass) laju-laju, aku tidak sabar orangnya. Namun. memandangkan minda aku sedang berfungsi dalam 'Slowmode', maka dengan itu, aku memandu dengan perlahan. Kalau tidak, aku memang berangan aku Street Racer, tetapi dengan MPV lah, boleh?

Memandu pulang dari kampus dalam kelajuan 40 km/j hingga ke 60 km/j. Kalau boleh, aku mengharapkan perjalan pulang jauh lagi. Aku hendak layani Snow Patrol, dan Bloc Party dalam renyaian rahmat. Aku tidak mahu pulang, walaupun aku penat dan memerlukan katil yang menyeru kedatangan aku. Aku tidak endahkan barisan kereta yang lain di belakang ku. Hujan, lagu, tidur, sejuk.

5. Rujuk nombor 2. Tetapi aku masih di sini, menaip. Oh alangkah malasnya cik Siti.

* Jane dan N telah diasimilasikan menjadi suatu entiti yang mutual. 'Nana' pula, kemungkinan the alter ego of Jane? Tah lah.

1 comment:

Anonymous said...

Jane,

1. Itupun nama timangan juga kan?

2. For many years some of family members on the extended side didn't believe that my name was Edward. They thought it was just a big joke until they saw my IC.

3.Saya belum bosan lagi...

4. Memandu secara perlahan dalam hujan. WTF!!!!